Wednesday, January 16, 2013

Dokumentasi Item/bahan/barang Mistik Alam Melayu

Dokumentasi Item/bahan/barang Mistik Alam Melayu

salam.

Kepada Pembaca Blog ini.


Merujuk kepada tajuk diatas,satu usaha dokumentasi sedang dijalankan dengan pihak univerisiti tempatan berhubung alam mistik melayu khususnya menyentuh tentang bahan atau barang-barang yang disifatkan atau mempunyai ciri ciri mistik pada persektif alam Melayu.
 
sehubungan itu, bagi sesiapa yang mempunyai bahan yang dimaksudkan tersebut boleh membuat mengirim gambar resolui tinggi dan sedikit maklumat berkaitan bahan/barang yang dimaksudkan (Pihak penyelidik ini hanya perlukan gambar dan maklumat yang difikirkan boleh dikongsi bersama untuk tujuan ilmiah).Maklumat dibawah boleh di emailkan kepada ; nyalaventure@yahoo.com. dan sms/call : 0164815284

Nama item :
Tahun diperolehi:
Sumber diperolehi:
Khasiat yang dipercayai:
teknik penyimpanan:
Harga/Mahar/Nilai :
Nilai/mahar yang pernah ditawarkan:
Nama pemilik :
Alamat pemilik:
No.telefon:

Segala maklumat pemilik barang mistik ini akan dikreditkan nama dan alamat dalam dokumentasi ini,dan akan menjadi sejarah kepada alam mistik tamadun melayu serta amat berguna untuk tujuan rujukan sesiapa yang ingin mengkaji pada masa akan datang.
 
Tujuan dokumentasi ini adalah untuk:
 
1.Memperlihatkan budaya mistik yang wujud dalam alam Melayu dengan cara positif dan   ilmiah.
2.Memperkaya dan memperkasakan corak pemikiran sisi lain yang wujud dalam alam pemikiran Melayu.
3.Memberi pendedahkan kepada masyarakat lain perihal perspektif alam mistik melayu.
4.Menganalisa sumber-sumber maklumat cara mana kepercayaan alam mistik ini boleh bertapak dalam alam Melayu, yang mana sering dikatakan tahyul dan syirik.
5.Mengumpul pandangan dan pendapat dari ramai pakar mengikut pandangan/pengalaman setiap individu yang menyimpan,menpunyai dan segala yang berkaitan.
 
 
Segala usaha/sokongan yang positif bersama semangat untuk memperlihatkan kepada dunia tentang galur Alam Mistik Melayu disudahi dengan ucapan terima kasih.
 
 
Sekian,
 
Penyelidik.